Jamnapari, Ternakan Kambing, Ternakan Satu Perniagaan

Home
Latar Belakang Ladang Jamnapari Keluat
Galeri Ladang Jamnapari Keluat
Berita Ladang Jamnapari Keluat dan Persatuan Penternak
Perbincangan Mengenai Akikah
Hubungi Pihak Pengurusan Ladang Jamnapari Keluat

Flying Geese

Laman Web ini dibina bertujuan berkongsi pengalaman melaksanakan satu usaha bersifat praktikal dan realiti. Pengalaman kesukaran dan kegagalan, kerisauan dan kebimbangan, doa dan harapan, kesedihan dan kehampaan, ikhtiar dan harapan adalah satu proses yang dilalui secara sebenar. Semoga pengalaman ini merupakan satu proses pembelajaran, melalui pemerhatian, tindakbalas (reflextion) pengalaman. (kolb)

Keseluruhan proses ini akan melahirkan sifat Bijaksana (Wisdom). Pembelajaran sebenar adalah melalui pembelajaran dengan tindakan (action learning). Sejak mengenal erti mencari rezeki saya kagum dengan orang yang berusaha sendiri (petani, penternak dan nelayan) atau yang bekerja di sektor swasta atau menjadi buruh kasar. Bagi golongan ini setiap ganjaran yang diterima adalah hasil setiap titik keringat yang dicurahkan atau setiap sen modal yang dilabur serta setiap saat memikir merancang strategi dan kaedah bekerja, berunding, membuat pemasaran, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan hasil keluaran secara berterusan. Justru saya mencuba usaha menternak Kambing Jamnapari untuk merasai pengalaman ini. Walau pun usaha ini dilakukan dengan menggaji pekerja, risiko dan harapan boleh dirasai secara nyata.

Daya Maju Sesuatu Projek Pertanian atau Penternakan.

Tidak dapat dinafikan kerajaan memberikan galakan yang serius kepada pengusaha projek pertanian atau penternakan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, MARDI, FAMA diujudkan hampir di setiap daerah. Agensi di atas adalah merupakan jentera pentadbiran kerajaan yang sepatutnya menjadi mekanisma dan fasilitator untuk memajukan bidang pertanian dan penternakan.

Sejauh manakan agensi kerjaan ini dapat melaksanakan fungsinya untuk membantu penternak dan petani. Petani dan penternak takut untuk mendesak bagi mendapatkan bantuan. Perlu ada jaguh untuk membantu petani dan penternak supaya petani dan penternak mendapat apa jua bantuan dan khidmat kepakaran dari agensi kerajaan terbabit.

Setiap agensi ini perlu membuat muhasabah fungsi dan objektifnya. Kenapa ia ditubuhkan? siapa pelanggannya? sebanyak mana pelaburan kerajaan membayar gaji, membina pejabat dan lain-lain kos operasi. Adakah berbaloi kos pelaburan dan pengurusan kerajaan sekiranya agensi ini tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan berkesan.

Perkara utama yang perlu diberikan perhatian dalam melaksanakan projek penternakan Jamnapari ialah kos makanan. Padang ragut dan rumput tanam adalah sumber terpenting untuk mengurangkan kos operasi. Penternak yang menghadapi masalah tanah untuk dijadikan padang ragut dan menanam rumput akan menghadapi masalah kos operasi. Apabila kos operasi tinggi projek penternakan tidak dapat berdaya maju. Selepas setahun lebih saya telah menghadapi masalah ini. Mulai sekarang usaha untuk menanam rumput Taiwan Napier perlu dibuat dengan serius. Masalah makanan ternakan akan menjadi rumit apabila ternakan bertambah kerana kos operasi terus meningkat. Dengan adanya bekalan rumput Taiwan Napier yang mencukupi InsyaAllah kos makanan dapat dikurangkan kerana ianya boleh diperolehi secara tabii hasil anugerah Allah dari usaha dan alam semula jadi. Rumput ditanam dan ianya akan membiak dan membesar berdasarkan sunnah alam dengan izin Allah. Usaha utama ialah mengenalpasti tanah untuk disewa, dapatkan benih rumput, tanam, bajai dan selenggara supaya ia hidup dan subur secara berterusan dan boleh disabit untuk makan ternakan. Hasilnya effisyen dan effektif. Rumput yang banyak dan subur boleh disabit dalam masa yang singkat. Masa kerja dapat dijimatkan dan beban tenaga kerja dikurangkan. Pada masa yang sama difahamkan rumput Taiwan Napier berkhasiat kerana batangnya berair dan bersaiz besar.

 

Visi, Misi dan Objektif Ladang Jamnapari Keluat
Visi: Menternak Biak Kambing Jamnapari, Boer dan Kambing Kacang dengan Jumlah induk Betina Sebanyak 200 Ekor dan Baka Jantan Sebanyak 30 ekor Menjelang Tahun 2016
Misi: Merancang Pembiakan Jamnapari Secara Teratur dan Sistematik, Menambah Bilangan Melalui Pembelian Baka Terpilih dan Penjagaan Kesihatan Ternakan Dengan Kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Menguruskan Padang Rumput/Ragut dengan Cekap
Objektif: Berusaha Supaya Ternakan Membiak, Membesar dan sihat Secara Tabii dan mencapai Jumlah Untuk Melaksanakan Zakat Ternak

Teras Perkhidmatan

Membekalkan Ternakan yang cukup umur dan syarat untuk melaksanakan Akikah, Korban, Nazar dan Kenduri

Menyediakan Perkhidmatan Melaksanakan Akikah Untuk Masyarakat yang tidak berkesempatan melaksanakan sendiri dengan menyempurnakan segala syarat dan dimaklumkan secara on-line melalui Laman Web

Menyediakan Pekej Pelancongan Ibadah dengan menyediakan Perkhidmatan Akikah dan Kenduri Kepada Pelancong Yang Ingin Melaksanakan Akikah Semasa Melawat Kelantan.

Mempromosikan kepentingan melaksana akikah kepada Masyarakat Islam yang mendapat anak di seluruh Malaysia

Menyatukan padukan para penternak Jamnapari, Boer, Saenan, kacang dan lain untuk mengujudkan perkongsian pintar bagi kepentingan bersama supaya usaha ini boleh di komersialkan dengan effisyen

Mengujudkan Mekanisma Perhubungan di antara penternak dan agensi kerajaan bertanggungjawab samada setempat dan nasional bagi mendapat khidmat nasihat, kepakaran, bantuan keewangan, pemasaran, promosi dan motivasi

Menyediakan gelanggang, ruang dan peluang bagi Kementerian Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Agensi Kerajaan yang Berkaitan Melaksanakan fungsinya Untuk Menggiatkan Aktiviti Penternakan untuk menambah Sumber Makanan Negara dan mengurangkan penggantungan kepada sumber import

Membentuk Satu Pasukan Kerja Untuk Menanam, menyelenggara dan menyabit Rumput Taiwan Napier di setiap inci bumi Kelantan yang terbiar dan tidak sesuai untuk pembinaan rumah dan aktiviti pertanian lain untuk dijadikan Makanan ternakan bagi dipungut secara pukal menggunakan van/lori

Berdaya Majukah Usaha Menternak Kambing/Bolehkah Usaha Menternak Kambing Menjadi Satu Pekerjaan Tetap yang Ada Pulangan/Bolehkah Usaha Hasil Pendapatan Dari Usaha Menternak Kambing digunakan untuk Membiayai Usaha Lain yang tidak bersifat Mendapatkan Untung?

1.Daya maju satu-satu usaha dikaitkan dengan keupayaan pengurusan, produktiviti, kualiti, kos pengeluaran, potensi berkembang, pasaran dan pemasaran dan takdir Allah. Keupayaan pengurusan bermaksud apakah matlamat akhir pengusaha? Matlamat akhir adalah perkara besar yang hendak dicapai 10-15 tahun selapas bermulanya satu-satu usaha. Seperti Wawasan 2020. Pengusaha perlu think big... but first do it small...satu usaha itu perlu dimulakan. Besar jauh sasarannya... kecil di depan mata... dalam konteks menternak, mulakan dengan jumlah baka atau induk yang boleh diurus dan sekiranya gagal kerugian tidak banyak. Proses pembelajaran perlu diamati. Learning stage akan meningkat. Ilmu dan kepakaran akan diperolehi hasil dari melaksanakan kerja secara realiti. Sebelum menternak 100 ekor kambing kita perlu menternak 10 ekor kambing dulu. Hasil pengalaman menternak 10 ekor kambing InsyaAllah kita mampu menternak 100 ekor. Tahun Pertama 10 ekor. Tahun kedua 30 ekor Tahun keempat 50 ekor dan tahun kelima 100 ekor. Perhatikan pertambahan kuantiti hasil pemerhatian dan harapan pembiakan tabii kambing. Tapi janganlah kita mulakan usaha dengan satu ekor. Kita juga mungkin tidak mampu memulakan usaha dengan 100 ekor. Perkembangan 100 ekor boleh jadi 150 pada tahun keenam. Tahun ke Tujuh 250, Tahun kelapan 350, Tahun kesembilan 500, tahun ke sepuluh 750 dan Tahun kesebalas 1000 ekor. Modal mengurus 10 ekor adalah RM 500 sebulan. Tahun kesebelas kos mengurus adalah 100 kali ganda kerana kerana jumlah ternakan juga meningkat 100 kali ganda. Tahun pertama boleh guna duit gaji/poket sendiri untuk kos gaji pekerja dan makanan ternakan. Tahun keempat penternak sepatutnya sudah boleh jual ternakan untuk membiayai kos operasi. Apabila kos operasi dapat di cover daripada hasil jualan ternakan projek berkenaan boleh kira berdaya maju. Tahun kelima jualan ternakan sudah boleh sedikit lebihan untuk cover modal pelaburan tahun pertama, kedua, ketiga, dan keempat.

2. Tahun ketiga dan keempat penternak sepatutnya sudah boleh menjual hasil ternakan. Kalau ada rezeki 50% kos operasi tahun keempat adalah hasil jualan anak-anak Jamnapari yang lahir pada tahun pertama dan tahun kedua. Hasil daripada projection ini, tahun kesepuluh dan tahun-tahun seterusnya adalah sudah komplikated. Pengusaha perlu kawasan ragut dan kandang yang luas dan pekerja yang ramai. 

3. Penternak perlu merancang belanjawan yang melibat kos operasi. Perolehan jualan ternakan seharusnya mencapai tahap untuk membiayai kos operasi dan kos modal di peringkat awal. Pada tahun keempat penternak harus berjaya menjual hasil 12 ekor ternakan. Petunjuk prestasi kejayaan adalah kejayaan menjual hasil ternakan dengan harga yang baik. 

4. Secara tabii, kambing akan melahirkan 2 ekor anak pada kelahiran kedua. Sekiranya penternak sudah memiliki 100 ekor induk betina pada tahum kelima, maka pada satu tahun induk boleh menghasilkan 200 ekor anak. Separuh daripadanya jantan (100 ekor) dan separuh lagi betina (100 ekor). Anak betina yang terbaik perlu dijadikan induk dan anak jantan terbaik boleh dijadikan baka. Berapa harga seekor Jamnapari jantan dan betina bergantung kepada permintaan pembeli dan pasaran. Penternak nak jual mahal, pembeli nak murah pula. Setakat ini Jamnpari Jantan Hidup dijual secara timbang. RM 50.00 satu Kg, manakala Jamnapari betina RM 35.00 satu Kg. Penjualan secara timbang adalah baik. Besar berat dan mahal. Sekarang kita sudah tidak boleh main agak-agak, sebab kos pengurusan pun dikira dengan tepat. Contohnya harga makanan, gaji pekerja dll. 

 

 

 

 

Menmmcmm

 

Coins; Size=180 pixels wide

Wang dan kekayaan meterial tidak patut dijadikan matlamat hidup. Wang hanyalah salah satu alat untuk menyempurnakan kehidupan. Terdapat 1001 perkara lain yang boleh menyempurnakan kehidupan manusia di samping wang ringgit dan harta kekayaan
 
Kepentingan Membuat Keputusan dan Melaksanakan Keputusan
 
Membuat Keputusan dan melaksanakan keputusan pada masa kini adalah amat penting untuk mendapat hasil atau faedah di masa hadapan. Keputusan dan usaha masa kini penting untuk kita mendapat faedah 10-15 tahun akan datang. Keputusan melabur sekarang faedahnya InsyaAllah akan dapat kita nikmati 10-15 tahun akan datang. Oleh itu adalah penting kita melaksanakan apa jua keputusan dan tindakan dari sekarang. Ahli perniagaan, pemimpin badan korporat atau pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin politik yang menikmati apa jua faedah pada masa kini adalah hasil penat lelah dari apa yang telah mereka usahakan sejak 10,15 atau 20 tahun dulu. (ini adalah urusan dunia)
 
Kesempatan menulis laman ini adalah bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri dan juga saudara seagama, sebangsa dan senegara.
Begitulah juga hubungan kehidupan dunia dan akhirat. Buatlah kebaikan semasa hidup di dunia. InsyaAllah kita akan mendapat faedah di akhirat kelak. Jangan kita hanya menumpukan kepada visi untuk 15-20 tahun lagi. Panjangkan dan luaskan visi supaya menjangkaui visi hingga ke akhirat. Visi untuk mendapat ganjaran di akhirat adalah lebih utama.
 
Masa, Modal, Tenaga Kerja, Jentera, Sumber Alam, Proses Kerja, Faktor Penentu Kejayaan, Kebijksanaan Mengurus, Sunnah Alam, Bantuan Kepakaran, Kesanggupan Menanggung Risiko, Ancaman Penyakit, Pamasaran dan Harga hubungannya dengan produktiviti dan Keuntungan.
 
Masa:Semua makhluk mendapat peruntukan masa yang sama dari Allah. Hari yang ada dalam setahun adalah 365. Seorang manusia hanya boleh melakukan satu kerja sendiri dalam satu masa. Contohnya masa makan, masa mandi dan masa tidur. Tapi ada juga orang tidur semasa mendengar khutbat jumaat atau murid tidur masa gurunya sedang mengajar. Kalau kita tidak tidur kita dapat mendengar khutbah jumaat begitulah sebaliknya kalau kita tidur ketika khatib berkhutbah maka kita tidak dapat mengengar khutbah berkenaan. Walaubagaimanapun seorang Pengurus atau majikan dapat melaksanakan beratus malah beribu-ribu tugas melalui orang lain yang digaji/diupahnya dalam satu masa. Management is getting things done through other people. Seorang tuan tanah menggaji 10 orang pekerja menanam kelapa sawit diladangnya seluas 100 ekar. Dalam masa 7 hari kerja dapat di siapkan. Pada hari ke 8 semua tanaman kelapa sawitnya membesar serentak mengguna masa yang sama, setiap minit, jam, hari dan tahun. Setiap hari ladang berkenaan dijaga mengikut ketetapan (pembersihan rumput, pembajaan dll) Pada tahun ke ke 4 dengan izin Allah semua pokok dalam ladang seluas 100 ekar berbuah. Masa yang sama juga dilalui oleh setiap pokok untuk berbuah. Harga kelapa sawit sekarang (Dec 2007) adalah RM 500.00 setan. Seratus tan kelapa sawit masa kini berharga RM 50,000.00. Kalau kita tanam sebatang kelapa sawit maka masa tahun ke 4 juga kelapa sawit berkenaan berbuah. Maka kita dapat hasil satu tandan kelapa sawit. Berapa harganya? kemana kita nak jual? siapa nak beli setandan kelapa sawit?
Perkara yang melengkapkan faktor masa untuk menghasilkan produktiviti adalah 13 perkara yang tertera di bawah. Banyak lagi faktor yang mengaitkan masa dan produktiviti. Berikut adalah antara perkara yang utama.
 
Modal: Permulaan modal untuk menjadi usahawan ialah Wang. Dengan wang penternak boleh membina kandang, membeli induk (baka) membeli makanan ternakan dan ubatan serta menggaji pekerja. Modal perlu diurus dengan cermat dan bijaksana. Semua perkara yang dilakukan mestilah kos efektif. Modal tidak boleh digunakan untuk perkara yang tidak mustahak. Jangan berniaga buluh kasap pangkal hilang modal lesap. Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia, boleh  dijadikan contoh bagaimana pihak Pengurusannya menguruskan modal sehingga bilangan pesawat dapat di tambah dan kekerapan penerbangan boleh di tingkatkan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Wang modal boleh digunakan untuk membeli beruk berkualiti (kompeten) bagi orang yang bekerja mengambil upah memetik kelapa. Wang juga digunakan untuk membeli kelapa secara borong. Kelapa dipetik menggunakan beruk terlatih (kompeten) yang harganya boleh mencapai RM 2000-RM 2500 seekor. Berok terlatih boleh memetik kelapa antara 1500-2000 biji sehari. Upah memetik kelapa adalah 5 sen sebiji. Upah memetik bagi 1500 biji kelapa adalah RM 75.00.
 
Tenaga Kerja: Wang adalah sumber membayar gaji pekerja. Pekerja yang dipilih hendaklah berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai tatakelakuan (sikap) terbaik. Gabungan tiga elemen ini penting untuk membentuk kompetensi. (Hay Consultant) Pekerja yang kompeten akan menjadi asset kepada majikan kerana ia adalah merupakan salah faktur sebagai sumber pengeluaran. Pekerja hendaklah mempastikan hasil keluaran/kerjanya lebih tinggi daripada kos menguruskanya. (Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid:1991)
 
Jentera: Jentera adalah alat untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran. Pembelian jentera mesti dibuat dengan teliti kerana harganya mahal. Jangan kita ditipu oleh pembekal atau Jurutera Mekanikal kita yang berpakat dengan pembekal. Jentera memudahkan urusan. Dulu sampah diangkut menggunakan kereta tolak atau kereta lembu. Sekarang lori kompaktor dan lori kontena digunakan untuk mengangkut sampah. Cuma kerajaan Malaysia belum lagi membina Insenarator (jentera/mekanisma membakar sampah) walaupun perkara ini telah dibincang sejak 1984 lagi. Penternak kambing/lembu susu perlu membeli alat untuk memerah susu lembu/kambing. Kalau ada 100 ekor lembu/kambing yang hendak diperah susunya maka alat ini sangat mustahak. Pelaksanaan kerja cara ini adalah lebih efisyen dan effektif. Nak upah Bangla/Myanmar/Nepal/Indon susah sebab ia akan menyumbang kepada pertambahan pekerja asing di Malaysia. Dalam erti kata lain menternak lembu atau kambing pun perlu "capital intensive" bukan lagi "labour intensive". 
 
Sumber Alam: Petronas menggerudi minyak dari dasar laut hasil sumber alam kurniaan Allah. Pihak Pengurusan Petronas mempunyai pemimpin dan pasukan kerja yang bijaksana. Mereka mengurus sumber alam dengan bantuan pekerja yang kompeten, peralatan yang canggih dan kuasa sah yang  hebat (Akta Petronas). Nelayan laut dalam mengaut ikan dan sumber laut juga anugerah Allah. Penternak Jamnapari dan lembu perlu bekerja keras menggunakan sumber alam yang ada. Tanah untuk dijadikan padang ragut, tanam rumput, air dan tapak kandang. Penternak mesti bijak dan strategik merancang keperluan makanan Jamanapari atau lembu. Pergunakan sepenuhnya khazanah alam kurniaan Allah untuk dijadikan makanan Jamnapari dan lembu. Rumput tumbuh di mana-mana. Sekarang banyak tanah terbiar. Penternak harus bijak berunding dengan tuan tanah yang terbiar untuk dijadikan padang ragut atau menanam rumput Taiwan Napier untuk dijadikan makanan Jamanapari atau lembu. Penternakan adalah urusan dengan makhluk hidup. Justru ia perlu makan. Dapatkan seberapa banyak khazanah alam untuk dijadikan makanan Jamanapari atau lembu. Jangan risau kepada beban kerja. Apabila mereka kenyang dan sihat, mereka akan memberi rezeki kepada kita dengan cara melahirkan anak. Mereka mengawan secara tabii. Sijantan tak perlu merujuk rayu sibetina. Mereka tahu dan faham sendiri bila tiba masa. Bila tiba masa nak melahirkan anak mereka tak perlu dihantar ke SJMC, Glenegle, Pusrawi,  Tawakal atau hospitan Besar. Mereka beranak Allah dan alam semula jadi yang menjaga mereka mengikut sunnah alam. Tapi tuan punya Jamnapari kenalah tengok juga kut-kut anak Jamnapari yang baru lahir memerlukan rawatan dan bantuan. Pokoknya dengan keizinan Allah serta bantuan Alam semula jadi dan tabii Jamnapari dan lembu, membolehkan mereka  "survive" dan membiak dengan izin Allah.
 
Proses Kerja: Menternak Jamanapari tidak banyak proses kerja. Lagi mudah kalau nak dapat pengiktirafan MS ISO 9000:2000 kalau proses ini di dokumenkan. Paling penting makanan berkhasiat perlu disediakan untuk Jamnapari, kebersihan kandang, penjagaan anak yang baru lahir dan monitor masa dia nak mengawan. Paling utama mereka perlu dilepaskan pada waktu petang supaya mereka boleh mengawan secara tabii. Selepas tiga (3) bulan melahirkan anak ibu Jamnapari perlu diberi peluang mengawan. Jangan biarkan lama. Nanti rugi trip. Perlu diingat elakkan anak mengawan dengan ibunya, anaknya dan adik beradiknya. Kalau berlaku juga ditakuti anak yang dilahirkan tidak besar. Buat rekod dan pastikan proses mengawan berlaku secara cross. Buat senarai semak. Jamanapari perlu diberi ubat cacing tiga bulan sekali. Injection antibiotik boleh diberi untuk menguatkan ketahanan dan mengelakkan penyakit.
 
Faktor Penentu Kejayaan: Usaha berterusan, sabar, dan doa kepada Allah. Ingat pelaburan hari ini akan membuahkan hasil pada peringkat optimum akan dalam tempuh 10-15 tahun akan datang. Pegawai kerajaan yang bekerja bertungkus lumus di pejabat biasanya akan stabil dari segi pendapatan selepas 10-15 tahun perkhidmatan. Di peringkat awalan semua mereka terpaksa mengikat perut dan berjimat. Kecuali bagi anak orang kaya atau pegawai muda berkenaan anak Aristokrat atau anak kepada golongan upper middle class atau middle class. Usaha menternak pun begitu. Pastikan proses kelahiran dan mengawan dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan menepati masa yang dirancang. Sebab penternak menjalankan usaha penternakan secara pembiakan perlu mengamati perkara ini. Keuntungan boleh dicapai apabila Jamnapari membiak dan membesar. Makanan perlu dijaga. Kos operasi diminimakan. Pekerja perlu minat, komited dan jujur. Maklumkan dengan jelas dan berterusan kepada pekerja usaha ini adalah perniagaan. Justru apa jua perniagaan perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan. Tidak ada istilah main-main. Masa kerja perlu ditumpukan kepada kerja. Menyabit rumput, selengara padang ragut, bersihkan kandang dan monitor kesihatan setiap Jamanapari/anak.
 
Kebijaksanaan Mengurus: Kebijaksanaan adalah nilai peribadi yang lebih utama berbanding berpengetahuan dan berkemahiran. Mengurus dengan bijaksana termasuklah cara memberi motivasi, penetapan gaji, berkomunikasi, membuat keputusan, memberi kebebasan membuat keputusan (empowerment/delegation). Kebijaksanaan (wisdom) hanya diperolehi dengan cara membuat pemerhatian dan penganlisaan terhadap peristiwa dan kelakuan manusia. Contoh kelakuan orang hebat, langkah kerja yang betul, Cara kerja yang silap, punca-punca kejayaan dan punca-punca kegagalan perlu diamati dan diperhatikan secara berterusan. Akui kesilapan dengan ikhlas dan bertekad membetulkannya adalah merupakan kebijaksanaan. Mengalah untuk mencapai kemenangan adalah satu kebijaksanaan. Mengalah ertinya menamatkan persengketaan. Berkeras untuk menang tidak semestinya bijak, kerana kekerasan mengundang banyak permusuhan Penternak yang bijaksana tidak akan membiarkan ternakan mengganggu tanaman harta benda jiran. Kebijaksanaan juga adalah usaha mempastikan usaha kita tidak mendatangkan kesan sampingan negatif kepada jiran dan masyarakat. Membuat promosi dan pemasaran juga memerlukan kebijasanaan. Mempelajari cara merawat Jamnapari yang sakit juga perlu dilakukan sendiri. Kepandaian adalah salah satu faktur penentu kejayaan. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu beberapa darjat berbanding orang lain. Life Long Learning and education telah diamalkan oleh umat manusia beribu tahun dulu. Masyarakat yang bijaksana akan hidup harmoni dan bantu membantu. Mereka membantu orang lain. Semua orang adalah partner bukan competitor.
 
Sunnah Alam: Jamnapari boleh mengawan bila berusia satu tahun. Tempuh bunting enam bulan. Anak pertama biasanya seekor sahaja.Anak kedua biasanya dengan izin Allah kembar dua. Induk Jamnapari boleh mengawan semula selepas tiga bulan beranak. Ini ketetapan berdasarkan sunnah alam. Ianya tidak boleh diubah.
 
Bantuan Kepakaran: Penternak perlu dapatkan bantuan dari agensi kerajaan. Amati fungsi, objektif dan piagam pelanggan agensi berkenaan untuk memboleh kita mendapatkan bantuan. Bina "networking" dengan pegawai berkaitan.
 
Ancaman Penyakit: Rancang dan laksanakan tindakan pencegahan secara berterusan. Kebersihan, ubat-ubatan adalah penting. Rujuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Dapatkan khidmat nasihat. Buat rujukan sendiri melalui pembacaan.
 
Pasaran dan Harga: Tidak perlu bimbang. Pastikan kos pengeluaran adalah rendah supaya boleh bersaing.
 
Persaingan: Tidak ada. Penternak lain akan jadi "partner" bukan pesaing.
 
Ancaman: Penyakit dan pencuri. Buat perancangan strategik dan ikhtiar (pagar, jaga dan kawal jika perlu).
 
Dasar dan Peraturan: Perlu kaji dasar kerajaan untuk mendapatkan faedah. Berapa peruntukan dalam RM 9 untuk bantu penternak. Bagaimana nak dapatkan bantuan. Bolehkah penternak dapat bantuan daripada kerajaan.

Lawatilah Ladang Jamnapari di Alamat Kg Keluat, Beris Kubur Besar Kota Bharu Kelantan, (dari KB tujui Bachok Lalu Beris Kubur Besar, Selepas Pekan Beris Kubur Besar, Masuk Simpang Kanan Ke Pengkalan Hj Ali dan Pengkalan China. Kg Keluat adalah selepas Pengkalan China sebelum Kg Kuau dan Sekolah Kebangsaan Chantum

Nama/Name
Nama Bapa
Email address:
Company:
Address 1:
Address 2:
City:
State:
Zip code:
Phone:
Keperluan Kambing